Friday, June 12, 2009
Sunday Ride Jun 14---Nibong Tebal Trail
Hanya 6 orang menyertai kayuhan minggu. Tak tau apa sudah jadi kepada yang lain. Mungkin semua telah dijangkiti "boon's syndrome". Walaubagaimanapun, kami tetap meneruskan tradisi kayuhan minggu menuju ke NT jamboree trail. Seperti mana yang dijangka, trek NT agak mencabar terutamanya menharungi batu batu besar and trek yang tidak begitu rata. Setelah mengharungi bukit pertama, kami terus ke bukit kedua. Bukit kedua yang dipanggil bukit 3 ratus kaki agak panjang jaraknya berbanding bukit pertama tapi biasalah bagi member-member kami yang sudah biasa menaiki bukit itu beberapa kali. Sampailah masanya untuk DH. Kali ini, merasai DH NT Jamboree begitu mencabar sekali. Cerun yang curam desertai oleh tanah yang depenuhi batu kecil disetengah bahagian membuatkan trek it agak teknikal. Dengan berhati-hati, semua selamat sampai ke bawah and teruslah kami menuju untuk sarapan pagi. Selepas sarapan pagi, tibalah masa untuk balik ke OZE. Kami sampai di OZE lebih kurang pukul 11 suku dengan kayuhan ~50km. Puaslah kayuhan ini sebagai "warm up" untuk Jamboree minggu depan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment